SOALAN KUIZ

ARAHAN:

Terdapat tiga soalan objektif di dalam perisian ini. Sila jawab semua soalan.

1) Tujuan utama koperasi ditubuhkan ialah

    a) meningkatkan kuasa membeli ahlinya

    b) memberi dan menjaga kepentingan ahlinya

    c) memberi pengalaman perniagaan kepada ahlinya

    d) mendapatkan keuntungan yang maksimum untuk ahlinya

 

2) Semua jenis milikan perniagaan yang berikut adalah milikan tunggal kecuali

    a) Kedai Kek Suzie

    b) Pusat Solek Minah dan Swee Lee

    c) Peniagaan Alat Ganti Sukma

    d) Restoran Kang Nam

 

3) Koperasi mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan dari

    a) Bank

    b) Kerajaan

    c) Ahli keluarga

    d) Penjual saham

 

PENGENALAN

1) Milikan perniagaan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan bentuk pemilikan, corak kawalan dan pengurusan.

2) Terdapat 5 jenis milikan perniagaan di Malaysia, iaitu:-

    a) Milikan tunggal
    b) Perkongsian
    c) Koperasi
    d) Syarikat Sendirian berhad
    e) Syarikat Awam Berhad